Wednesday, 20 September 2017

Politeknik Seberang Perai





JABATAN PERDAGANGAN


DUA 2052 : PENGURUSAN DALAM ISLAM


Disediakan oleh:

NO.
NAMA :
NO MATRIKS :
1.
MUHAMMAD ALI MAHADI BIN MOHD RAFFI
10DPM16F2069
2.
MOHAMAD AMIRUL BIN MOHAMAD NOOR HISHAM
10DPM16F1048
3.
NUR MASTURA BINTI ABD.MANAB
10DPM16F2056
4.
NURUL FATHIHAH BINTI ISMAIL NASARUDDIN
10DPM16F2028



Program :

DPM2B
            


Disediakan untuk :


PUAN SALINA BINTI MAT SEHOR

Monday, 18 September 2017

ABU AL-ABBAS AL-SAFFAH


III. ABU AL-ABBAS AL-SAFFAH MENGGUNAKAN PRINSIP UBUDIYYAH DALAM PEMERINTAHANNYA

Al-Ubudiyyah
Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah. Ubudiyyah ini merujuk kepada sifat pengabdian diri seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah. Oleh itu, seluruh kegiatan seseorang individu dan juga seluruh kegiatannya di dalam organisasi perlulah diikat dengan pengabdian diri dengan Allah.

Islam mempunyai konsep dan pengertian yang jelas tentang hubungan sesama manusia dengan Allah sebagai pencipta alam seluruhnya. Pandangan Islam tentang ketuhanan berasaskan konsep ibadat kepada Allah, yang memusatkan peranannya kepada keimanan yang mutlak kepada Allah. Ia membawa maksud patuh kepada suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya. Beriman dengan KeEsaan Allah merupakan landasan keabdian seseorang Islam terhadap Tuhannya. (Ahmad Ibrahim:1991)

Firman Allah:
Janganlah kamu sembah dua tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlah kamu kepada ku. Allah memiliki apa-apa yang di langit dan di bumi dan kepada Nya (hendaklah) kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah"

Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan muka bumi. Islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorang pemimpin, pengurus, pentadbir yang diamanahkan oleh Allah perlu memahami konsep ubudiah berikut: (Ahmad Ibrahim:1991)

1. Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung    diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana sahaja sama ada di kebun, di tmpat-tempat perniagaan kerana semua perlakuan ibadat dapat didengar oleh Allah dan semua perlakuan serta pekerjaan yang dilakukan oleh manusia dengan ikhlas dapat mendekatkan diri dengan Allah.

2. Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat ketika manusia berada di alam ruh lagi.
Firman ALLAH S.W.T:

"Bukankah aku Tuhan kamu?" Maka jawab ruh: "Ya, kami bersaksi supaya engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat: Sesungguhnya kami lupa terhadap hal ini".


Pengakuan dan pengiktirafan ini menyebabkan Allah mengurniakan kepada manusia muka bumi ini untuk diperintah dan dibangunkan. Manusia dibekalkan dengan kuasa dan pelbagai kemudahan termasuklah bumi, laut serta isi perutnya dengan punca rezeki agar manusia bersyukur dan mengingati Allah. (Ahmad Ibrahim:1991)

II. 3 CONTOH PELAKSANAAN PRINSIP AL-MUSAWAH DALAM PEMERINTAHAN

2.Antara faktor kejayaan pemerintahan beliau adalah mempraktikkan prinsip al-musawwah dalam pengurusan pemerintahannya. Berikan tiga contoh pelaksanaan prinsp ini dalam pemerintahan beliau.

Al – musawwah merupakan salh satu prinsip penting dalam islam yang juga menjadi elemen penting demokrasi. Al-musawa adalah kesetaraan, kesejajaran. Artinya tidak ad pihak yang merasa lebih tiggi dari yang lain, sehingga dapat memaksakan kehendaknya. Penguasa tidak boleh memaksa kehendaknya kepada rakyat, belaku otoriter dan exploitative. Kesejajaran ini penting dalam suatu pemerintahan, demi menghindari hegemono penguasa atas rakya.

`           dalam perspektif islam, pemerintah adalah orang atau institusi yang diberi kepecayaan oleh rakyat memalui pemilihan yang jujur dan adil, untuk melaksanakan dan menegakkan peraturan dan undang undang yang telah dibuat oleh sebab itu, pemerintah memiliki tanggungjawab besar dihadapan rakyat, demikian juga kepada tuhan. Dengan begitu, pemerintah harus amanah memiliki sikap dan prilaku yang dapat dipercayai jujur dan adil.
3 contoh pelaksanaan prinsip ini dlam pemerintahan beliau:

Yang pertama, takalif syar’iah ( perintah perintah syariat ) seperti solat, puasa, zakat, haji, dan lain lain adalah sebuah kewajiban untuk seluruh umat islam tanpa berkecuali.
Yang kedua, ibadah solat berjemaah adalah merupakan salah satu cermin dari konsep al-musawa, tidak ada perbezaaan antara besar dan kecil, kaya dan miskin dan berkulit hitam atau juga berkulit putih. Begitu juga ibadah haji; semuanya berpakaian yang sama, dengan warna yang sama, aturan dan cara pakai yang sama.

            Yang ketiga, dalam pemberlakuan hudud dalam hokum islam tidak ada perbezaan dan pengecualian; siapa sahaja yang telah melanggar aturan syariat dan diputus bersalah oleh hakim, maka harus  segera dilaksanakan hukumanya. 

I. Latar Belakang Abu Al-Abbas Al-Saffah


·       *Abdullah bin Muhammad, yang lebih dikenali dengan sebutan Abu Abbas As-Saffah. Ia lahir pada 108 Hijrah. Ada juga yang mengatakan 104 Hijrah. Ibunya bernama Raithah Al-Hairitsiyah. Oleh kerana, tekanan dari pihak penguasa, bersama rombongan ia berangkat ke Kufah secara sembunyi-sembunyi. Pada 3 RabiulAwwal 132 Hijrah, Abdullah As-Saffah dilantik sebagai khalifah pertama Bani Abbasiyah di Masjid Kufah.

·       *Pelantikan Abu Abbas ini mengingatkan kita pada sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad dalam Musnad-nya. Dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda, “Akan muncul pada suatu zaman yang carut-marut dan penuh dengan petaka, seorang penguasa yang disebut dengan As-Saffah. Beliau suka memberi harta dengan jumlah yang banyak.

·      * Riwayat lain menyebutkan bahwa gelaran As-Saffah itu diberikan orang-orang kerana ia terkenal dengan sifat yang tidak mengenal belas kasihan terhadap Bani Ummaiyah. Hal itu, disebabkan dendamnya yang begitu besar, sehingga dengan dinginnya ia membunuh keturunan Bani Ummaiyah, termasuk orang-orang yang tidak bersalah dan tidak ikut campur dalam urusan politik sekalipun. Hal ini juga, dilakukan oleh para pengikutnya.

·       *Dalam sebuah peristiwa, Abdullah bin Ali, As-Saffah yang saat itu berjabat tangan dengan gabenor Syria dan Palestin, membantai sekitar 90 orang keluarga Bani Ummaiyah. Hanya sedikit keturunan Bani Ummaiyah yang dapat meloloskan diri.

·       *Berita pembiatan As-Saffah sampai juga ke telinga Marwan bin Muhammad. Dia berangkat bersama pasukannya untuk memadamkan “pemberontakkan” As-Saffah. Abdullah bin Ali, paman As-Saffah, bersama pasukannya menghadapi pasukan Marwan di suatu daerah dekat Mosul. Setelah terjadi pertempuran sengit, akhirnya pasukan Marwan dapat dikalahkan. Marwan selamat dan kembali ke Syam. Namun Abdullah terus mengejarnya sehingga dia lari ke Mesir. Pengejaran dilanjutkan oleh adiknya, Shalih. Akhirnya Marwan berhasil dibunuh di suatu desa bernama Bushir pada dzulhijjah 132H.

·       *Kufah merupakan pusat gerakan Bani Abbas. Di tempat ini pula As-Saffah dibiat namun kemudian pada 134H, ia meninggalkan Kufah menuju daerah Anbar. Sebuah tempat di pinggiran sungai Eufrat yang dikenali dengan Hasyimiyah yang dijadikan pusat pemerintahan. Belakangan dibangunlah sebuah ibukota yang dikenal hingga kini, iaitu Baghdad. Kota inilah yang menjadi ibukota Daulah Abbasiyah.

·       *As-Saffah tidak terlalu focus pada masalah-masalah penaklukan wilayah kerana kesibukkannya dalam upaya konsolidasi international untuk menguatkan pilar-pilar Negara yang hingga saat itu belum sepenuhnya stabil. Selain ketegasannya menghabiskan lawan politik, As-Saffah terkenal juga dengan sifat dermawan dan ingatannya yang kuat serta keras hati.

·       *Pejabat pemerintahan yang bertugas membantu khalifah sebelumnya hanya dikenal dengan Al-Katib(pembantu peribadi). Pada masa Abbasiyah ini, mulai muncul istilah Al-Wazir(menteri).


·       *Abu Abbas As-Saffah meninggal pada Dzulhijjah 136H kerana penyakit yang dialaminya. Beliau meninggal dalam usia 33tahun di kota Hasyimiyah yang dibangunkannya. Sebelum meninggal, beliau menggantikan saudaranya, Abu Ja’far Al-Manshur sebagai pengganti. As-Saffah memangku jabatan khalifah selama empat tahun.

Politeknik Seberang Perai

JABATAN PERDAGANGAN DUA 2052 : PENGURUSAN DALAM ISLAM Disediakan ol...