· *Abdullah bin Muhammad, yang lebih
dikenali dengan sebutan Abu Abbas As-Saffah. Ia lahir pada 108 Hijrah. Ada juga
yang mengatakan 104 Hijrah. Ibunya bernama Raithah Al-Hairitsiyah. Oleh kerana,
tekanan dari pihak penguasa, bersama rombongan ia berangkat ke Kufah secara
sembunyi-sembunyi. Pada 3 RabiulAwwal 132 Hijrah, Abdullah As-Saffah dilantik
sebagai khalifah pertama Bani Abbasiyah di Masjid Kufah.
· *Pelantikan Abu Abbas ini mengingatkan
kita pada sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad dalam Musnad-nya. Dari Abu
Said Al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda, “Akan muncul pada suatu zaman yang
carut-marut dan penuh dengan petaka, seorang penguasa yang disebut dengan
As-Saffah. Beliau suka memberi harta dengan jumlah yang banyak.
· * Riwayat lain menyebutkan bahwa gelaran
As-Saffah itu diberikan orang-orang kerana ia terkenal dengan sifat yang tidak
mengenal belas kasihan terhadap Bani Ummaiyah. Hal itu, disebabkan dendamnya
yang begitu besar, sehingga dengan dinginnya ia membunuh keturunan Bani
Ummaiyah, termasuk orang-orang yang tidak bersalah dan tidak ikut campur dalam
urusan politik sekalipun. Hal ini juga, dilakukan oleh para pengikutnya.
· *Dalam sebuah peristiwa, Abdullah bin
Ali, As-Saffah yang saat itu berjabat tangan dengan gabenor Syria dan Palestin,
membantai sekitar 90 orang keluarga Bani Ummaiyah. Hanya sedikit keturunan Bani
Ummaiyah yang dapat meloloskan diri.
· *Berita pembiatan As-Saffah sampai juga
ke telinga Marwan bin Muhammad. Dia berangkat bersama pasukannya untuk
memadamkan “pemberontakkan” As-Saffah. Abdullah bin Ali, paman As-Saffah,
bersama pasukannya menghadapi pasukan Marwan di suatu daerah dekat Mosul.
Setelah terjadi pertempuran sengit, akhirnya pasukan Marwan dapat dikalahkan.
Marwan selamat dan kembali ke Syam. Namun Abdullah terus mengejarnya sehingga
dia lari ke Mesir. Pengejaran dilanjutkan oleh adiknya, Shalih. Akhirnya Marwan
berhasil dibunuh di suatu desa bernama Bushir pada dzulhijjah 132H.
· *Kufah merupakan pusat gerakan Bani Abbas.
Di tempat ini pula As-Saffah dibiat namun kemudian pada 134H, ia meninggalkan
Kufah menuju daerah Anbar. Sebuah tempat di pinggiran sungai Eufrat yang
dikenali dengan Hasyimiyah yang dijadikan pusat pemerintahan. Belakangan
dibangunlah sebuah ibukota yang dikenal hingga kini, iaitu Baghdad. Kota inilah
yang menjadi ibukota Daulah Abbasiyah.
· *As-Saffah tidak terlalu focus pada
masalah-masalah penaklukan wilayah kerana kesibukkannya dalam upaya konsolidasi
international untuk menguatkan pilar-pilar Negara yang hingga saat itu belum
sepenuhnya stabil. Selain ketegasannya menghabiskan lawan politik, As-Saffah
terkenal juga dengan sifat dermawan dan ingatannya yang kuat serta keras hati.
· *Pejabat pemerintahan yang bertugas
membantu khalifah sebelumnya hanya dikenal dengan Al-Katib(pembantu peribadi).
Pada masa Abbasiyah ini, mulai muncul istilah Al-Wazir(menteri).
· *Abu Abbas As-Saffah meninggal pada
Dzulhijjah 136H kerana penyakit yang dialaminya. Beliau meninggal dalam usia
33tahun di kota Hasyimiyah yang dibangunkannya. Sebelum meninggal, beliau
menggantikan saudaranya, Abu Ja’far Al-Manshur sebagai pengganti. As-Saffah
memangku jabatan khalifah selama empat tahun.
No comments:
Post a Comment